Selasa, 20 Mei 2014

PETUA BAGI AMALKAN BERFIKIRAN POSITIF

Artikel ini di sumbangkan oleh En Azahari bin Omar
Guru Besar SK Seri Bintang Selatan


APAKAH yang dimaksudkan dengan berfikiran positif?

Seperti banyak hal yang lain, ia mudah digarap dan dihayati menerusi kaedah menghafal akronim.

 Berhubung dengan berfikiran positif, akronim yang harus dihafal ialah F.E.W.P.I.G.S.

 Huraiannya adalah seperti berikut:
 
F
focus (tumpuan). Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang anda mahu menjadikannya sebagai kenyataan. Usah fikirkan tentang yang 'tidak boleh'
E
expectation (harapan). Harapkan hanya yang baik dari diri  anda.
W
words (kekata atau bahasa). Kekata memainkan peranan             penting. Usah berkata bahawa diri anda bodoh atau anak anda bodoh, sebaliknya katalah bahawa dia semakin pandai.
P
praise (puji). Pujian baik untuk orang lain dan untuk diri anda juga. Pujilah diri anda di dalam bilik mandi apabila tiada orang melihat.
I
interest (minat). Kaitkan minat anda dengan perkara-perkara lain. Umpamanya, untuk menambah minat anda bagi mendapatkan ijazah universiti, anda hendaklah kaitkan kepentingannya dengan hakikat bahawa tiada adik-beradik dalam keluarga anda yang mempunyai ijazah, jadi anda mesti memilikinya.
G
good friends (kawan baik). Pilih kawan yang baik yang juga bersikap positif, memberi anda semangat dan sokongan, bukan kawan yang bersikap negatif.
S
stamina. Anda perlu ada kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, terdapat enam perkara yang penting bagi manusia untuk mencapai kejayaan.

Ini ialah kesihatan jasmani, kesihatan mental, kewangan, keluarga, pergaulan sosial dan kerohanian atau untuk orang Islam, pegangan dan amalan agamanya.

Selasa, 6 Mei 2014

Tema Hari Guru 2014

Guru:  Pencetus  Kreativiti,  Penjana  Inovasi

1.   DEFINISI:

1.1    GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

 1.2    PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

1.3    KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

1.4    PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

 1.5    INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasL kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Ahad, 4 Mei 2014

HARI GURU 2014


SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012

Ingatan kepada Guru Besar berkaitan dengan 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012:
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPENUHNYA SEMASA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN PADA HARl SABTU

Rujuk kepada perenggan 5, 6, 7 dan 11
PELAKSANAAN
5.             Pihak sekolah hendaklah melindungi waktu pembelajaran murid dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu sebagai "hari ganti" persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.
6               Dengan berkuatkuasanya. Surat Pekeliling ikhtisas ini, maka pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan aktiviti-aktiviti lain pada hari Sabtu yang diluluskan sebagai "hari ganti" persekolahan. Pihak sekolah juga tidak dibenar memendekkan waklu persekolahan pada "hari ganti" tersebut.
7.        Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KP{BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) bertarikh 10 Julai 2007, Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sepenuhnya Sernasa Persekolahan Hari Sabtu.

dan perenggan 11
11.       Tindakan tegas hendaklah diambil termasuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas ini.

SK BUKIT DAMANSARA JULANG NAMA NEGARA DI RUSIA

Sekumpulan 16 penari cilik yang terdiri dari murid tahun lima dan enam Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara (SKBD), Damansara menempah kejayaan manis apabila mengungguli tiga kategori dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa yang berlangsung di St Petersburg, Russia dari 25 hingga 29 April lalu.


Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara yang juga sekolah berprestasi tinggi menjulang nama negara apabila berjaya mendapat tempat pertama dari 43 negara dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa, Super Dance From Folk To Mod­ern di Saint Petersburg, Rusia.



SK Bukit Damansara yang diwakili Kumpulan Dewata Tari berjaya mengungguli kategori koreografi rakyat, selain berjaya menarik perhatian juri dengan memenangi hadiah bagi kategori pakaian terbaik.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan latihan bersungguh-sungguh yang dijalankan hampir tiga bulan oleh muridnya.

"Saya berasa begitu gembira dengan kejayaan pasukan tarian sekolah ini untuk menewaskan peserta daripada pelbagai negara yang bertanding.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan Kementerian Pendidikan yang memberi sokongan untuk memasuki pertandingan ini,"


Manakala guru pengiring pertandingan yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tan Tee Choi berkata, pertandingan itu disertai beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuk Russia, Indonesia dan Romania.
“Ini kemenangan pertama kami dalam pertandingan peringkat antarabangsa malah, kejayaan itu juga memberi kekuatan kepada kami untuk terus menyertai pertandingan lain pada masa depan,”

TAHNIAH WARGA SK BUKIT DAMANSARA

Ahad, 20 April 2014

PIBG SK SETIAWANGSA DIANUGERAHKAN PIBG TERBAIK KESELURUHAN 2012/2013


Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur dianugerahkan PIBG Cemerlang Terbaik Keseluruhan daripada Kementerian Pendidikan.

PIBG itu dianugerahkan gelaran tersebut apabila program jelajah PIBG sekolah berkenaan ke sekolah-sekolah lain selama 5 tahun didapati mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi PIBG di beberapa sekolah.
Antara program yang dijalankan adalah dengan memberikan penerangan kepada PIBG sekolah lain mengenai 2 program sarana yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah.

“Apa yang pihak PIBG sekolah buat adalah dengan membantu PIBG sekolah lain sekiranya ada permintaan. Bila sekolah lain nampak khidmat yang kami berikan, maka masalah PIBG aktif atau tidak dapat diselesaikan”, kata Amiruddin Sahudi selaku Pengerusi PIBG SK Setiawangsa.

Jumaat, 18 April 2014

13 Buah Sekolah Rendah Kuala Lumpur Terima Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar



SK TAMAN BUKIT MALURI
SK TAMAN TUN DR ISMAIL (1)
SK BUKIT DAMANSARA
SK SETIAWANGSA
SK SERI KEPONG
SK SERI BINTANG UTARA
SK SERI BINTANG SELATAN
SK CONVENT (1) BUKIT NANAS
SK CONVENT (2) BUKIT NANAS
SK PUTERI PANDAN 1
SK (P) METHODIST 2
SJK(C) CHUNG KWOK
SJK(C) KUEN CHENG 2
SAADUN BIN KASIM
JURIAH BINTI JUPRI
ZARINA BINTI JAMIL
RUSLAN BIN MADON
WAN NOR AZIDAH BINTI WAN ZAINAL
JUNAIDAH BINTI TAMBI HASHIM
AZHARI BIN OMAR
NEELAEGAM VIMALA
SITI ROKIAH BINTI SALLEH
NORIAH BINTI ISMAIL
ZAHARAH BINTI BORHANUDDIN
ANG SEOK CHOO
TAN BOON HWA

 Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah. Pengenalan Tawaran Baharu merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Penilaian terhadap pencapaian pemimpin sekolah dibuat berasaskan kombinasi pencapaian akademik, kokurikulum, dan elemen-elemen lain yang memberi impak dalam kemenjadian murid.

Pengukuran pencapaian Pengetua dan Guru Besar dibuat berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang merangkumi aspek Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid. Dalam konteks inilah, Tawaran Baharu dilihat sebagai usaha yang selari dengan sistem pendidikan yang berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.


Tawaran Baharu diberikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Penilaian akan dibuat ke atas Pengetua dan Guru Besar yang telah berada di sesebuah sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya enam bulan dan sekolah berkenaan mempunyai keputusan peperiksaan awam untuk tahun penilaian yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan Tawaran Baharu ini, langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah.


Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran [Exceed Target (ET)] yang ditetapkan akan dikenal pasti oleh JNJK untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan bahawa Pengetua dan Guru Besar mencapai ET dalam proses verifikasi dan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka mereka boleh dipertimbangkan untuk pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB).


Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran iaitu mencapai ET, layak diperakukan untuk diberikan ganjaran BITB sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:


Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90.00 peratus (pada tahun penilaian);
Menerima Sijil Audit Tanpa Teguran (pada tahun penilaian);

Bebas daripada tindakan tata tertib;
Melepasi sasaran KPI-SBT (sekolah berlabel SBT);
Mematuhi Surat Siaran KPPM Bilangan 5 Tahun 1998; dan
Melepasi sasaran pencapaian Literasi dan Numerasi (LINUS) yang ditetapkan.
Bagi sekolah-sekolah yang Pengetua dan Guru Besarnya mencapai ET, ganjaran BITB turut akan diberikan kepada guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana yang mencapai LNPT tertinggi di sekolah berkenaan.

Rabu, 16 April 2014

MOU BSN DENGAN 8 BUAH SEKOLAH DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan sekolah di Kuala Lumpur, membabitkan peruntukan tajaan sebanyak RM80,000 bagi menjayakan Karnival Sekolah BSN 2014.

Pada majlis pemeteraian MoU ini, bank itu diwakili Pengarah BSN Kuala Lumpur Noraini Mohd Johan, manakala lapan sekolah terbabit diwakili Pengarah JabatanPendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus.


SELAMAT BERSARA EN NAJIB BIN AWANG HASSAN


En Najib bin Awang Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2, Kuala Lumpur mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai kakitangan kerajaan hari ini 16 April 2014.
Selamat bersara semoga sentiasa sehat dan gembira selalu.
 
 
 
 
 

 




Why Are Finland's Schools Successful?

Finland has vastly improved in reading, math and science literacy over the past decade in large part because its teachers are trusted to do whatever it takes to turn young lives around.

“Whatever it takes” is an attitude that drives not just Kirkkojarvi’s 30 teachers, but most of Finland’s 62,000 educators in 3,500 schools from Lapland to Turku—professionals selected from the top 10 percent of the nation’s graduates to earn a required master’s degree in education. Many schools are small enough so that teachers know every student. If one method fails, teachers consult with colleagues to try something else. They seem to relish the challenges. Nearly 30 percent of Finland’s children receive some kind of special help during their first nine years of school. The school where Louhivuori teaches served 240 first through ninth graders last year; and in contrast with Finland’s reputation for ethnic homogeneity, more than half of its 150 elementary-level students are immigrants—from Somalia, Iraq, Russia, Bangladesh, Estonia and Ethiopia, among other nations. “Children from wealthy families with lots of education can be taught by stupid teachers,” Louhivuori said, smiling. “We try to catch the weak students. It’s deep in our thinking.”

The transformation of the Finns’ education system began some 40 years ago as the key propellent of the country’s economic recovery plan. Educators had little idea it was so successful until 2000, when the first results from the Programme for International Student Assessment (PISA), a standardized test given to 15-year-olds in more than 40 global venues, revealed Finnish youth to be the best young readers in the world. Three years later, they led in math. By 2006, Finland was first out of 57 countries (and a few cities) in science. In the 2009 PISA scores released last year, the nation came in second in science, third in reading and sixth in math among nearly half a million students worldwide.

Selasa, 15 April 2014

PIRAMID PEMBELAJARAN

Sumbangan oleh En Azahari bin Omar, Guru Besar SK Seri Bintang Selatan
 
 


Isnin, 14 April 2014

SOAL JAWAB LAZIM (FAQ) MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


SOAL JAWAB LAZIM (FAQ) MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENDAHULUAN
Buku Panduan Soal Jawab Lazim (FAQ) adalah bertujuan untuk merungkai dan menjelaskan segala kekeliruan dan ketidakjelasan maklumat yang berkaitan dengan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) kepada semua warga pendidikan di seluruh negara. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa cuba membantu dan memberikan pemahaman agar segala amalan yang terkandung di dalam surat siaran, surat pekeliling ikhtisas, Akta Pendidikan 1996 dan pekeliling-pekeliling lain diketahui oleh guru-guru di sekolah. Soal jawab lazim yang dimasukkan ke dalam buku panduan ini akan cuba mengupas dan menjawab semua soalan yang sering dikemukakan oleh pihak sekolah dan guru sepanjang amalan MMI dilaksanakan mulai tahun 2012.

SOALAN DAN JAWAPAN


Ahad, 13 April 2014

KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH

ANJAKAN 5: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 – KPM
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH.

MENGAPAKAH PERLU?.

Kualiti pengetua/guru besar merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid.
Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional bukannya kepimpinan pentadbiran

Guru Besar yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.

KRITERIA PEMILIHAN PENGETUA/GURU BESAR YANG DIAMALKAN PADA HARI INI.
Sebahagian pengetua/guru besar dipilih berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan.

55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada hari ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Oleh itu mereka kurang bersedia

APAKAH BENTUK KEJAYAAN?

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Definisi Kepimpinan Instruksional
“Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar” Debevoise (1984)
Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses PdP dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. 
 
Peranan Kepimpinan Sekolah
Peranan utama kepimpinan sekolah adalah sebagai Pemimpin Instruksional memastikan guru mengajar dan pelajar belajar secara berkesan.

INFO WAKTU MENGAJAR GURU BESAR, GPK DAN GURU


Definisi Masa:

Masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti (Yusof Ismail, 1991).
A definite moment, hour, day or year as indicated or fixed period by a clock or calendar during which something exists or continues.

Definisi Jadual Waktu:

A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur
(Cambridge International Dictionary of English – 1995)
Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.

 JADUAL WAKTU
Jadual Waktu yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
-Mematuhi kursus pengajian KBSR/KBSM/KSSR
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid

Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu:

1 Faktor Undang-Undang