Rabu, 16 April 2014

MOU BSN DENGAN 8 BUAH SEKOLAH DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan sekolah di Kuala Lumpur, membabitkan peruntukan tajaan sebanyak RM80,000 bagi menjayakan Karnival Sekolah BSN 2014.

Pada majlis pemeteraian MoU ini, bank itu diwakili Pengarah BSN Kuala Lumpur Noraini Mohd Johan, manakala lapan sekolah terbabit diwakili Pengarah JabatanPendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus.




Daripada jumlah itu, setiap sekolah menerima RM10,000 sebagai inisiatif BSN untuk membantu sekolah meningkatkan dana melalui jualan amal dan aktiviti yang dijalankan.

Noraini berkata tajaan RM10,000 kepada setiap sekolah terpilih itu bagi membolehkan pihak sekolah menjalankan karnival serta Pertandingan Bakat dan Mewarna."RM5,000 merupakan penajaan untuk pihak sekolah menjayakan karnival manakala RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertandingan bakat dan mewarna.

"Hadiah wang tunai untuk pertandingan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang," kata Noraini.

Lapan sekolah terpilih untuk menjayakan karnival sehingga 30 Nov itu ialah SK Bangsar, SRJK(C) On Pong 2, SRJK(C) Kwong Hon, SRJK (C) Taman Seri Gombak, SKSetiawangsa, SRJK(C) Chung Kwo, SK Sentul 2, SK St. John 2.

Sehingga ini BSN sudah memperuntukkan RM320,000, termasuk peruntukan untuk lapan sekolah di Kuala Lumpur, yang merupakan siri kelima menerima tajaan, selepas sekolah di Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Selangor dan Perak. Karnival Sekolah BSN disertai 78 sekolah di seluruh negara.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan