Jumaat, 18 Ogos 2017

HARI PROFESIONALISME PEMINPIN-PEMINPIN SEKOLAH WPKL BIL 5 / 2017

https://drive.google.com/file/d/0B0gE5-K2ezH-Uk4ySWRGS2E5bk0/view?usp=sharing

  Antara Bicara Puan Pengarah 

ü  Mengingatkan Tagline KPM iaitu:
·       SIRE-EURO –
Strong Implementation, Rapid Execution - Excellence: Ultimate Reach of an Organization.

PGB diminta memahami tagline tersebut. Dua perkara yang perlu ditegaskan ialah pelaksanaan PPPM memerlukan pelaksanaan yang kukuh dan tindakan yang pantas.

ü  Pn Pengarah meminta PGB memberi penekanan kepada:
·         Data driven
·         Focus driven
·         Result driven

ü  Melaksanakan PAK 21 dengan lebih mantap dan berkesan.  Beri perhatian serius bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Jangan buat “streaming” agar tidak berlaku “demotivation kepada pelajar dan guru.

ü  Kita sebagai pendidik menawarkan perkhidmatan dan bukannya menyediakan perkhidmatan.

ü  Kewangan sekolah akan mempengaruhi prestasi PGB. PGB hendaklah mematuhi SOP, panduan dan pekeliling agar  prestasi kewangan tidak berteguran.

ü  Di meja PGB mesti sentiasa ada File Meja PGB dan Catatan Tugas Harian.

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE-23 DAN PERSIDANGAN PERWAKILAN GMGBM KE-35


Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke-23 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-35 telah di adakan di Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang paada 17 hingga 20 Julai 2017.






Rabu, 15 Jun 2016

LINUS 2.0 UNTUK RUJUKAN GURU BESAR ZON SENTUL

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0 PPW SENTUL BIL 1/2016   (Klik di sini untuk muat turun)
TARIKH: 27 MEI 2016
TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA PPW SENTUL

AGENDA MESYUARAT:

1. PERUTUSAN PENGERUSI
  1.1. Guru LINUS 2.0 perlulah dari dalam kalangan guru yang berkelayakan. Guru-guru baru perlu dielakan daripada mengajar murid LINUS.
1.2. Pemulihan kurang berfungsi sepenuhnya di SJK. Guru pemulihan, terutamanya Pemulihan NKRA perlu mengajar pemulihan sepenuhnya.
1.3. Aspek pengurusan fail perlu dipertingkatkan. Ada sekolah-sekolah yang pengurusan failnya perlu dipertingkatkan.

Khamis, 9 Jun 2016

TAKLIMAT PP 7 TAHUN 2015 : PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Pelaksanaan Dasar Pemisah bagi Pegawai Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam bagi Zon Tengah yang melibatkan Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 8 Jun 2016 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam.

Seramai 10 orang wakil MGBWPKL dan beberapa orang lagi Guru Besar WPKL telah dijemput hadir.


Modul Inovasi Psikologi dan Teknik Bersepadu Modifikasi Tingkah Laku (PSYNNOVA) akan diguna pakai sebagai satu daripada mekanisme dalam pelaksanaan Dasar Pemisah bagi pegawai kerajaan yang mempunyai prestasi rendah dalam perkhidmatan awam. PPP yang mendapat markah kurang daripada 60 peratus dalam PBPPP akan mengikuti PSYNNOVA, antara lain untuk menilai punca kemerosotan kerja mereka.

Bahan Rujukan

Isnin, 6 Jun 2016

PERKONGSIAN ILMU : DARI SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, JPWPKL

TAHUKAH ANDA?

URUSAN PERTUKARAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM JAWATAN KUMPULAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.10 Tahun 1998 pihak sekolah juga sebenarnya mempunyai hak untuk memasukkan guru atau kakitangan sekolah ke dalam kumpulan jawatan sekiranya didapati memenuhi salah satu daripada kriteria yang berikut :
1. Sakit yang berpanjangn melebihi 6 bulan;
2. Sakit tibi, kusta, barah atau sakit yang setaraf;
3. Sakit mental; dan
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji bagi mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negara.

Jumaat, 3 Jun 2016

KSN: WAKTU REHAT PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN 30 MINIT BULAN RAMADAN

Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam sepanjang bulan Ramadan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Langkah ini diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara itu, Ali berkata kerajaan bersetuju untuk menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) sedia ada di semua agensi kerajaan persekutuan.

Ali dalam kenyataan itu turut menyertakan panduan berhubung pelaksanaan WBB pada bulan Ramadan di negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang yang Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan.

Waktu pejabat bagi negeri-negeri tersebut adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang manakala waktu rehat dari pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat).

Bagi negeri-negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, Ali berkata WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Klik pada rajah untuk muat turun surat pekeliling.

PENGURUSAN DIABETES KETIKA BERPUASA - MEMS

Diabetes Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat paras gula yang tinggi di dalam darah disebabkan oleh masalah hormon insulin (hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah), baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin kurang berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006, lebih 2 juta penduduk negara ini mengalami diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira 1.2 juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Sebagai umat Islam, mereka diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama’ Islam dan doktor perubatan moden.

Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:

Khamis, 2 Jun 2016

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
BULAN RAMADHAN
DARI EXCO MGBWPKL

PUASA DAN SABAR
Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Selasa, 31 Mei 2016

PERTANDINGAN TARIAN SI CILIK PRASEKOLAH WILAYAH KERAMAT 2016

Pertandingan Tarian  Si Cilik Prasekolah Wilayah Keramat 2016 telah di adakan pada 28 Mei 2016, jam 8.00 pagi betempat di Dewan Abu Hassan Sidek, SK AU Keramat.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn Haniza bt. Zubari, Timbalan Pegawai PP Keramat.
Pertandingan ini telah di kelolakan oleh SK AU Keramat dan Guru Besar, Puan Faridah bt Ahmad Zuki sebagai Pengerusi.

Keputusan Pertandingan Tarian Si Cilik Prasekolah
Wilayah Keramat 2106 adalah:

Johan
Pasukan Prasekolah SK AU Keramat
Naib Johan  
Pasukan Prasekolah SK Danau Kota
Ketiga
Pasukan Prasekolah SK Wangsa Jaya


TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA


Johan : Pasukan Prasekolah SK AU Keramat

Johan: Pasukan Prasekolah AU Keramat

Naib Johan: Pasukan Prasekolah SK Danau Kota

Ketiga: Pasukan Prasekolah SK Wangsa Jaya

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

FLORIA Diraja Putrajaya berjaya membawa konsep percutian bersama keluarga ke suatu dimensi baharu menjangkaui imaginasi apabila komponen-komponen Taman Ajaib (Magical Gardens) membuka tirainya pada musim cuti sekolah iaitu mulai 27 Mei hingga 4 Jun 2016 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Dengan menggunapakai teknologi terkini dari Eropah, Taman Ajaib (Magical Gardens) akan menampilkan satu pengalaman yang menakjubkan menerusi Hutan Mistik (Mystical Forest), Taman Kekwa (Chrysanthemum Garden), Dunia Duyung (Mermaid’s World) dan Laman Manisan (Candy Courtyard). Teknologi tersebut menghidangkan satu santapan bagi 5 deria sedia ada (lihat, dengar, rasa, hidu, sentuh) beserta perasaan.

TAHNIAH  WARGA SK BUKIT DAMANSARA
TAHNIAH GURU BESAR , PN HAZINAH BT IBRAHIM
       
 




SK BUKIT DAMANSARA MEMPEROLEHI:
GOLD AWARD UNTUK "LIGHTING"
BRONZE AWARD UNTUK GARDEN

KATEGORI SEKOLAH RENDAH.


   

Ahad, 29 Mei 2016

PERASMIAN SJKC WANGSA MAJU OLEH YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI, MENTERI PENGANGKUTAN

TAHNIAH KEPADA WARGA SEKOLAH SJKC WANGSA MAJU

PERTANDINGAN BOLING TENPIN MGBWPKL SEMPENA HARI GURU 2016


PERTANDINGAN BOLING TENPIN
MAJLIS GURU BESAR WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
19 MEI 2016
WANGSA BOWL, WANGSA WALK, KUALA LUMPUR


 KEPUTUSAN PENUH

 A. KATEGORI BERPASUKAN LELAKI:
KEDUDUKAN
PASUKAN
JUMLAH POINT
GAME 1
GAME 2
1
BANGSAR 2
952
490
462
2
KERAMAT  2
939
478
461
3
SENTUL  1
921
446
475
4
PUDU 1
916
492
424
5
KERAMAT 2
905
441
464
6
SENTUL  1
867
432
435
7
BANGSAR  1
653
311
342
B. KATEGORI BERPASUKAN WANITA:
KEDUDUKAN
PASUKAN
JUMLAH POINT
GAME 1
GAME 2
1
KERAMAT 1
877
457
420
2
SENTUL  1
709
330
379
3
KERAMAT  2
682
317
365
4
SENTUL  2
679
342
337
5
BANGSAR  1
653
311
342
6
PUDU 1
627
312
315
C. KATEGORI INDIVIDU LELAKI:
KEDUDUKAN
NAMA
JUMLAH POINT
GAME 1
GAME 2
1
AZMAN MOHAMAD
291
134
157
2
MOHD. NAZRI
267
137
130
3
MOHD. MUZAMIR
249
124
134
4
MOHD. ZAMHURI
249
114
135
5
MOHD. SUKARDI
247
120
127
6
ROSMAN
245
109
136
7
ROSLAN JAIS
242
105
137
8
KASNIZA
238
123
115
9
SALIM NAPIAH
234
112
122
10
HJ. HAMID
233
122
111
D. KATEGORI INDIVIDU PEREMPUAN:
KEDUDUKAN
NAMA
JUMLAH POINT
GAME 1
GAME 2
1
DATIN FAIZAH
244
143
101
2
ZAIMUNAH
225
95
130
3
NORHANIZA
224
117
107
4
LAILI
219
120
99
5
ROSMAWATI
213
103
110
6
HO WAN FAA
210
106
104
7
NORZAN
202
95
107
8
HAJAH FARIDA
190
77
113
9
WAN SALMIAH
181
104
77
10
MARGARET
180
74
106