Isnin, 6 Jun 2016

PERKONGSIAN ILMU : DARI SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, JPWPKL

TAHUKAH ANDA?

URUSAN PERTUKARAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM JAWATAN KUMPULAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.10 Tahun 1998 pihak sekolah juga sebenarnya mempunyai hak untuk memasukkan guru atau kakitangan sekolah ke dalam kumpulan jawatan sekiranya didapati memenuhi salah satu daripada kriteria yang berikut :
1. Sakit yang berpanjangn melebihi 6 bulan;
2. Sakit tibi, kusta, barah atau sakit yang setaraf;
3. Sakit mental; dan
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji bagi mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negara.


Namun begitu, untuk membantu pihak sekolah dalam mencari penyelesaian ini beserta untuk membantu guru tersebut yang mempunyai masalahnya yang tersendiri, sila rujuk kepada:

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2009 URUSAN PERTUKARAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM JAWATAN KUMPULAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. (Klik di surat pekeliling untuk membaca surat tersebut.)

Dalam surat pekeliling tersebut, telah jelas dinyatakan prosedur yang boleh diikuti sekiranya berlaku permasalahan yang berkait.

Dalam surat tersebut juga dinyatakan dengan jelas pada Perkara 4.1 – Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab dalam menguruskan pegawai dalam jawatan kumpulan. Bagi maksud Ketua Jabatan, sekiranya pegawai berkenaan bertugas di sekolah, Ketua Jabatannya adalah Pengetua atau Guru Besar. Sekiranya tempat bertugas pegawai bukan di sekolah, Ketua Jabatannya adalah Pengarah, Setiausaha Bahagian, Pegawai Pelajaran Daerah atau mana-mana kategori pegawai yang berkenaan.

Terima Kasih.

Untuk bacaan selanjutnya sila KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan