PPPM 2013-25



11 ANJAKAN UTAMA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025     
1.      Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.      Memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.      Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4.      Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.      Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.      Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8.      Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
9.      Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.  Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung.

5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

1.      AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.       
2.      KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
3.      EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.
4.      PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak  dengan menghargai kepelbagaian.
5.      KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

9 BIDANG KEUTAMAAN

Pertama, memartabatkan profesion keguruan; 
Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 
Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah; 
Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 
Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 
Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 
Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;
Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan 
Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan