Isnin, 31 Ogos 2015

EDWARD de BONO THINKING SKILLS - CoRT


Alat pemikiran “CoRT” merupakan satu alat berfikir dan juga  singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT dapat membantu Guru Besar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran Guru Besar lebih tersusun, luas, jelas dan tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini.
Terdapat tujuh jenis alat pemikiran CoRT. Antaranya termasuklah :

1.    PMI : Plus, Minus, Interesting (kebaikan, keburukan dan menarik)
Tujuan Berfikir: Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah dan Langkah:   
P : senaraikan semua yang baik
M: senaraikan yang buruk
I  : senaraikan yang menarik
Contoh untuk dibincangkan: Sesuaikah matapelajaran sains diajar di luar bilik darjah.

2.    CAF : Consider All  Factors (Mengambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir: Meninjau semua aspek / situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan dari terlupa faktor-faktor yang penting.
Kaedah dan Langkah:     Senaraikan semua situasi / faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap situasi / faktor. Apakah keputusan sewajarnya dibuat selepas setiap situasi / faktor dipertimbangkan.
Contoh untuk dibincangkan: Apakah wajar kegiatan kokurikulum dibuat pada hari Khamis?


3.    C & S : Consequence Sequal (Kesan mengikut jangka masa)
Tujuan Berfikir: Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dilaksanakan. Meramal kesan dan akibat dari keputusan tersebut.
Kaedah dan Langkah:     Tanya soalan-soalan seperti:
1. Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
2. Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
3. Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
4. Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh untuk dibincangkan: Latihan kerja rumah setiap murid hendaklah dibuat melalui hubungan komputer dengan guru. (online)

4.   AGO : Aims, Goals & Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif)
Tujuan Berfikir: Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat dapat dicapai. Elakkan perkara-perkara yang tidak berkenaan dan berkaitan.
Kaedah dan Langkah:
1. Apakah AGO yang dirancang?
2. Apakah tidakan-tindakan yang terkeluar daripada AGO?
3. Bagaimana hendak memastikan AGO dapat dicapai?
Contoh untuk dibincangkan: Apakah AGO untuk mengadakan kelas KAFA di sekolah kebangsaan?

5.   FIP : First Important Priorities  (Keutamaan mengikut kepentingan)
Tujuan Berfikir: Sentiasa mengambil kira perkara-perkara yang penting. Tentukan keutamaan. Elakkan daripada perkara-perkara yang tidak berkaitan.
Kaedah dan Langkah:
1. Apakah perkara-perkara yang penting?
2. Antara perkara-perkara tersebut, yang mana paling penting?
3. Apakah perkara paling utama yang memerlukan tindakan segera?
Contoh untuk dibincangkan: Apakah strategi persediaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 yang paling baik.

6.   APC : Alternatives, Possibilities and Choices  (Alternatif, kemungkinan dan
      pilihan)
Tujuan Berfikir: Memikirkan beberapa perkara secara serentak. Tentukan yang mana paling baik. Elakkan berfikiran sehala sahaja.
Kaedah dan Langkah:
1. Apakah ada cara-cara yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut?
2. Apakah baik buruk cadangan yang dikemukakan?
3. Pilih cadangan yang paling baik?
Contoh untuk dibincangkan: Bagaimana untuk memilih ketua kumpulan, sedangkan ahli-ahli tidak mengenali antara satu sama lain.

7.   OPV : Other People’s Views (Pandangan orang lain)
Tujuan Berfikir: Mengambil kra pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Elakkan dari membuat keputusan yang terlalu memfokuskan kepada fikiran sendiri.
Kaedah dan Langkah:
1. Apakah ide diri kita akan mempengaruhi orang lain?
2. Bagaimana orang lain memandang ide kita?
3. Adakah ide kita bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh untuk dibincangkan: Semua guru dikehendaki membuat Rancangan Pengajaran Harian secara online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan