KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan
atau perlakuan menyayangi, mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid
mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang
merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5.
Objektif Guru Penyayang;
5.1
Menjiwai
amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2
Menginsafi
bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3
Menyedari
bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4
Menghargai
sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah
berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan
jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga
aktiviti berikut;
6.1
Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3
Memberi penghargaan kepada murid
7.
Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah
seperti di LAMPIRAN A.
PANDUAN AKTIVITI
GURU PENYAYANG
Aktiviti Guru
Penyayang dilaksanakan seperti berikut;
BIL
|
PROGRAM
|
AKTIVITI
|
KAEDAH
|
PERSONALIA
|
1.
|
MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID
|
a. Guru mengalu-alukan murid di pintu
pagar sekolah
i. Semasa murid memulakan sesi
persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke sekolah
iii. Semasa murid pulang dari sekolah
|
i.
Menyambut kedatangan murid;
a.
Penampilan
guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap
mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
d. Ambil
berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii.
Membuat sapaan
a. Memberi
salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
Contoh:
“selamat pagi” “selamat datang”
“jemput masuk”
b.
Lambaian
pulang
Contoh:
“selamat pulang” “jaga diri baik-baik”
“jumpa lagi”
c.
Bertanya
khabar
Contoh: “apa
khabar hari ini?”
“dah makan ke belum?”
iii.
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah.
Contoh
a. Membetulkan
tali leher
b. Mengenakan
butang baju
iv.
Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
dengan menyediakan kain rentang
‘Kehadiran Anda
Impian Kami’
|
Barisan
kepimpinan sekolah dan sekumpulan guru yang diatur oleh pihak pentadbir
sekolah
|
b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di kantin/dewan makan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan
|
i.
Penampilan guru
kemas dan ceria sepanjang masa
ii.
Bersikap mesra
dan menunjukkan rasa hormat kepada murid
iii.
Membuat sapaan
iv.
Mengambil berat
dan prihatin terhadap murid
|
Semua guru
|
||
2.
|
MENTOR MENTEE
|
1.
Pelaksanaannya bertujuan untuk;
i.Membangunkan sahsiah diri
murid
ii.Membina jati diri murid
iii. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid
2.
Antara aktiviti yang dicadangkan
adalah seperti berikut;
i. Sesi ramah
mesra
ii. Sesi makan
bersama
iii. Meraikan hari
lahir
iv. Bimbingan hala
tuju
hidup
v. Lawatan/ziarah
keluarga
vi. Sesi
perkongsian
masalah
|
1. Guru dengan penuh rasa
kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee.
2.
Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah
ii. Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan
diselaraskan dalam jadual waktu harian.
3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
ii. Menyemak dan prihatin
latar belakang mentee
iii. Membimbing mentee
mengatasi masalah
iv. Membimbing mentee
membina hala tuju dan
kerjaya
v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri
4. Tugas guru yang
dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di
sekolah
5. Aktiviti didokumentasikan
6. Menyediakan
profile setiap mentee
|
MENTOR
Guru terpilih
MENTEE
Semua murid
|
3
|
PENGHARGAAN MURID
|
Memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui;
Aktiviti
meraikan murid;
i.
Hari lahir
murid
ii.
Sambutan hari
kanak- kanak
iii. Perayaan-perayaan
utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas
termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak
|
i. Guru meraikan
murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih
sayang
ii. Antara kaedah yang boleh digunakan;
a. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar
suara sekolah
b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema
sambutan
Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama
c. Menghantar kad ucapan
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan
iii.
Aktiviti
meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik
darjah.
|
Semua guru termasuk pentadbir sekolah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan