TUGAS PGB

SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN UMUM TUGAS PENGETUA DAN GURU BESAR

A. LATAR BELAKANG

Panduan Umum Pelaksanaan Tugas Pengetua/Guru Besar (PGB) ini bertujuan untuk membantu pentadbir sekolah dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah supaya tidak ada komponen-komponen pengurusan yang tertinggal. Panduan umum ini telah dibincang dan diperincikan bersama dengan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar Sekolah Malaysia (MGBSM).

B. ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR


Terdapat sembilan (9) aspek pengurusan dan kepimpinan yang dilaksanakan oleh setiap Pengetua/Guru Besar dalam pengurusan sekolah di Malaysia. Sembilan (9) aspek pengurusan dan kepimpinan tersebut ialah:
1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi (PKO)
2. Pengurusan Kurikulum (PK)
3. Pengurusan Kokurikulum (PKk)
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid (PHEM)
5. Pengurusan Kewangan (PKew)
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat (PPP)
7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal (PPKF)
8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
9. Pengurusan Perhubungan Luar (PPL)

Standard Kompetensi Kepengetuaan dari IAB

C. KOMPONEN WAKTU PELAKSANAAN TUGAS

1. Sebelum Waktu Persekolahan Bermula
Sebelum waktu pertama Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu waktu pagi bagi sesi pagi dan waktu petang bagi sesi petang.

2. Waktu Persekolahan
Bermula dari waktu pertama sehingga waktu terakhir PdP.

3. Waktu Rehat Murid
Waktu murid rehat seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4. Waktu Balik Murid
Selepas waktu terakhir PdP.

5. Di Luar Waktu Persekolahan
Sebelum dan selepas waktu PdP.

6. Waktu Malam
Sekolah berasrama dan aktiviti di luar bilik darjah.

7. Cuti Persekolahan
Sepanjang cuti persekolahan

D. PELAKSANAAN TUGAS PENGETUA/GURU BESAR BERDASARKAN KOMPONEN WAKTU

1. Sebelum Waktu Persekolahan Bermula

a) Membudayakan amalan mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di pintu masuk sekolah oleh Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan dan lain-lain guru pada setiap pagi hari persekolahan.

b) Mengadakan perhimpunan rasmi sekolah pada setiap hari pertama minggu tersebu tidak melebihi satu waktu PdP sebelum masa PdP sebenar bermula.

c) Mengumpulkan murid setiap hari pada hari kedua sehingga kelima dengan tidak melebihi 15 minit mengikut kesesuaian sekolah sebelum masa PdP sebenar bermula. Cadangan mesej harian berfokus kepada pelajaran, sahsiah diri dan kokurikulum.

2. Waktu Persekolahan

a) Membuat rondaan dan pemeriksaan persekitaran sekolah bagi memastikan keberadaan guru semasa PdP, disiplin murid terkawal, kebajikan murid terjaga, keceriaan, kebersihan serta keselamatan sekolah , asrama,lokasi aktiviti murid terjamin.

b) Memantau dan menyemak maklumat kehadiran murid pada setiap hari untuk tujuan penyelesaian masalah dan tindakan segera.

c) Menyemak laporan kehadiran guru dan kakitangan sokongan untuk tujuan penyelesaian masalah dan tindakan segera.

d) Memantau dan menyemak ketepatan pengagihan waktu PdP terutamanya jadual guru ganti untuk memastikan guru masuk kelas dan memaksimumkan waktu PdP.

e) Memberi ruang kepada guru yang tiada PdP untuk perbincangan dengan Pengetua/Guru Besar jika ada isu yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

f) Memantau panitia melaksanakan tindakan intervensi berdasarkan tahap keupayaan murid.

g) Melaksanakan penjaminan kualiti PBS di sekolah melalui pemantauan, pengesanan pementoran dan penyelarasan.

h) Menerima kunjungan atau mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/komuniti dan agensi luar pada hari persekolahan.

i) Mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu dan digalakkan mengajar mengikut opsyen masing-masing.

3. Waktu Rehat Murid

a) Memantau dan memeriksa pengendalian kantin sekolah pada hari persekolahan bertujuan untuk memastikan kesihatan murid sentiasa diberi perhatian.

b) Mengadakan perbincangan dengan guru diadakan untuk tujuan penambahbaikan mengikut luangan waktu.

c) Memantau Keselamatan Murid.

4. Waktu Balik Murid

a) Membudayakan amalan penghargaan oleh Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan danguru semasa waktu balik di pintu keluar sekolah kepada murid dan ibu bapa/penjaga.

b) Memantau pengurusan dewan makan asrama bagi memastikan makanan mengikut menu agar kebajikan murid terjaga.

c) Memantau keselamatan murid.

5. Di Luar Waktu Persekolahan
(Tugas-tugas ini juga boleh dilakukan ketika waktu persekolahan jika ada kesesuaian waktu)

a) Memantau dan memastikan aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan.

b) Menyemak dan meneliti buku rekod mengajar guru.

c) Mengadakan mesyuarat di luar waktu PdP pada setiap hari persekolahan.

d) Menyemak buku latihan murid yang telah diperiksa oleh guru.

e) Melakukan latihan dan bimbingan (coaching and mentoring) untuk membudayakan amalan kepimpinan instruksional bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru.

f) Mengadakan perjumpaan dengan kakitangan swasta dan staf sokongan yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

g) Menyemak dan melaksanakan perancangan peningkatan kecemerlangan murid oleh panitia dilaksanakan mengikut jadual.

h) Menyemak dan mengenal pasti tugas-tugas pentadbiran dan urusan sekolah yang memerlukan tindakan segera.

i) Menerima kunjungan atau mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/komuniti dan agensi luar pada hari persekolahan.

j) Menyemak dan memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut peraturan kewangan yang telah tetapkan.

k) Melaksanakan dialog prestasi bersama PK dan AJK yang terlibat

             i. Sasaran KPI
            ii. Tindakan Intervensi

l) Memantau keselamatan murid selagi murid berada dalam kawalan sekolah.

m) Mengadakan pertemuan ringkas bersama-sama dengan Penolong Kanan.

5. Malam

a) Memantau keselamatan sekolah dan asrama agar berada pada tahap terjamin dan sejahtera.

b) Memantau aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

6. Cuti Persekolahan

a) Memastikan aktiviti semasa cuti sekolah dirancang lebih awal.

b) Memantau aktiviti yang berjalan semasa cuti sekolah.

c) Memantau keselamatan murid


E. TUGAS UMUM

1. Bertindak sebagai pemangkin dasar-dasar kerajaan dan arahan-arahan semasa.

2. Bertindak sebagai Pemimpin Instruksional.

3. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum
(Guru Mengajar-MuridBelajar) serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.

4. Bertanggungjawab melaksanakan Sekolah Penyayang dan Sekolah Selamat.

5. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran, asrama dan kewangan sekolah.

6. Mewujudkan hubungan dua hala dengan ibu bapa, komuniti dan agensi-agensi luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan