Rabu, 15 Jun 2016

LINUS 2.0 UNTUK RUJUKAN GURU BESAR ZON SENTUL

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0 PPW SENTUL BIL 1/2016   (Klik di sini untuk muat turun)
TARIKH: 27 MEI 2016
TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA PPW SENTUL

AGENDA MESYUARAT:

1. PERUTUSAN PENGERUSI
  1.1. Guru LINUS 2.0 perlulah dari dalam kalangan guru yang berkelayakan. Guru-guru baru perlu dielakan daripada mengajar murid LINUS.
1.2. Pemulihan kurang berfungsi sepenuhnya di SJK. Guru pemulihan, terutamanya Pemulihan NKRA perlu mengajar pemulihan sepenuhnya.
1.3. Aspek pengurusan fail perlu dipertingkatkan. Ada sekolah-sekolah yang pengurusan failnya perlu dipertingkatkan.

Khamis, 9 Jun 2016

TAKLIMAT PP 7 TAHUN 2015 : PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Pelaksanaan Dasar Pemisah bagi Pegawai Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam bagi Zon Tengah yang melibatkan Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 8 Jun 2016 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam.

Seramai 10 orang wakil MGBWPKL dan beberapa orang lagi Guru Besar WPKL telah dijemput hadir.


Modul Inovasi Psikologi dan Teknik Bersepadu Modifikasi Tingkah Laku (PSYNNOVA) akan diguna pakai sebagai satu daripada mekanisme dalam pelaksanaan Dasar Pemisah bagi pegawai kerajaan yang mempunyai prestasi rendah dalam perkhidmatan awam. PPP yang mendapat markah kurang daripada 60 peratus dalam PBPPP akan mengikuti PSYNNOVA, antara lain untuk menilai punca kemerosotan kerja mereka.

Bahan Rujukan

Isnin, 6 Jun 2016

PERKONGSIAN ILMU : DARI SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, JPWPKL

TAHUKAH ANDA?

URUSAN PERTUKARAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM JAWATAN KUMPULAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.10 Tahun 1998 pihak sekolah juga sebenarnya mempunyai hak untuk memasukkan guru atau kakitangan sekolah ke dalam kumpulan jawatan sekiranya didapati memenuhi salah satu daripada kriteria yang berikut :
1. Sakit yang berpanjangn melebihi 6 bulan;
2. Sakit tibi, kusta, barah atau sakit yang setaraf;
3. Sakit mental; dan
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji bagi mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negara.

Jumaat, 3 Jun 2016

KSN: WAKTU REHAT PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN 30 MINIT BULAN RAMADAN

Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam sepanjang bulan Ramadan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Langkah ini diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara itu, Ali berkata kerajaan bersetuju untuk menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) sedia ada di semua agensi kerajaan persekutuan.

Ali dalam kenyataan itu turut menyertakan panduan berhubung pelaksanaan WBB pada bulan Ramadan di negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang yang Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan.

Waktu pejabat bagi negeri-negeri tersebut adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang manakala waktu rehat dari pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat).

Bagi negeri-negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, Ali berkata WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Klik pada rajah untuk muat turun surat pekeliling.

PENGURUSAN DIABETES KETIKA BERPUASA - MEMS

Diabetes Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat paras gula yang tinggi di dalam darah disebabkan oleh masalah hormon insulin (hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah), baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin kurang berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006, lebih 2 juta penduduk negara ini mengalami diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira 1.2 juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Sebagai umat Islam, mereka diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama’ Islam dan doktor perubatan moden.

Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:

Khamis, 2 Jun 2016

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
BULAN RAMADHAN
DARI EXCO MGBWPKL

PUASA DAN SABAR
Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan