Rabu, 15 Jun 2016

LINUS 2.0 UNTUK RUJUKAN GURU BESAR ZON SENTUL

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0 PPW SENTUL BIL 1/2016   (Klik di sini untuk muat turun)
TARIKH: 27 MEI 2016
TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA PPW SENTUL

AGENDA MESYUARAT:

1. PERUTUSAN PENGERUSI
  1.1. Guru LINUS 2.0 perlulah dari dalam kalangan guru yang berkelayakan. Guru-guru baru perlu dielakan daripada mengajar murid LINUS.
1.2. Pemulihan kurang berfungsi sepenuhnya di SJK. Guru pemulihan, terutamanya Pemulihan NKRA perlu mengajar pemulihan sepenuhnya.
1.3. Aspek pengurusan fail perlu dipertingkatkan. Ada sekolah-sekolah yang pengurusan failnya perlu dipertingkatkan.

1.4. Terdapat juga sekolah-sekolah yang Pdp gurunya tidak berfokus kepada murid yang tidak menguasai konstrak dalam LINUS.
1.5. Guru juga kurang menekankan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam PdP mereka.
1.6. Walaupun murid dalam kelas ramai, guru tidak memaksimumkan penggunaan ABM dan jika ada, ABM itu tidak menarik.
1.7. Dapatan pemantauan juga mendapati ramai guru-guru menggunakan teknik ‘talk and chalk’ dan buku teks dalam PdP mereka.
1.8. Aspek teknik Didik Hibur juga tidak ditekankan oleh guru-guru dalam PdP walaupun amat penting dalam LINUS.

2. MENGESAHKAN MINIT
    2.1. Minit mesyuarat telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

3. PERKARA BERBANGKIT
    3.1. Semua perkara berbangkit telah diambil tindakan.

4. PEMBENTANGGAN
    4.1. Sasaran dan KPI tahun 3/ 2016

LITERASI BAHASA MELAYU
SARINGAN 1: 97%
SARINGAN 2: 100%
LITERASI BAHASA INGGGERIS
SARINGAN 1: 90%
SARINGAN 2: 95%
MATEMATIK
SARINGAN 1: 97%
SARINGAN 2: 100%

    DATA SARINGAN 1, 2016
TAHUN 3



4.2.    Sasaran dan KPI tahun 2/2016

LITERASI BAHASA MELAYU
SARINGAN 1: TIADA
SARINGAN 2: 95%
LITERASI BAHASA INGGGERIS
SARINGAN 1: 79%
SARINGAN 2: 85%
MATEMATIK
SARINGAN 1: TIADA
SARINGAN 2: 95%

  DATA SARINGAN 1, 2016
TAHUN 2

4.3    Sasaran dan KPI tahun 1/2016

LITERASI BAHASA MELAYU
SARINGAN 1: TIADA
SARINGAN 2: 90%
LITERASI BAHASA INGGGERIS
SARINGAN 1: 67%
SARINGAN 2: 73%
MATEMATIK
SARINGAN 1: TIADA
SARINGAN 2: 90%

DATA SARINGAN 1, 2016
TAHUN 1

5.      HAL-HAL LAIN
5.1. 17 JUN 2016 akan diadakan post-mortem LINUS kepada Guru-guru Besar Sentul di PKG Sentul.
5.2. Ada sekolah yang mengisi data portal LINUS NKRA tidak ikut Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI).
5.3. Guru Besar perlu tingkatkan pemantauan perlaksanaan LINUS 2.0 di sekolah masing-masing.

6.      PENUTUP
6.1.    Timbalan Pengarah meminta agar maklumat ini perlu dikongsi bersama semua Guru Besar Wilayah Sentul agar dapat diambil tindakan segera.

CATATAN MINIT CURAI OLEH:

EN MOHD NOOR MAJID
AJK LINUS WAKIL GURU BESAR SENTUL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan