Ahad, 13 April 2014

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Definisi Kepimpinan Instruksional
“Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar” Debevoise (1984)
Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses PdP dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. 
 
Peranan Kepimpinan Sekolah
Peranan utama kepimpinan sekolah adalah sebagai Pemimpin Instruksional memastikan guru mengajar dan pelajar belajar secara berkesan.

 
Oleh kerana itu pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-kemahiran;
  • merancang,
  • mengelola,
  • memimpin dan
  • mengawal kurikulum.
Pemimpin Instruksional perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan keperibadian tinggi pelajarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kepimpinan Instruksional Model Hallinger mengandungi 11 elemen yang boleh dikategorikan di bawah tiga aspek
 
Aspek I : Mendefinisikan Misi Sekolah
1. Merangka matlamat sekolah
Realistik, berdasarkan tahap yang ada, menentukan tarikh, guru yang bertanggungjawab dan menggunakan data pencapaian bila hendak menentukan matlamat pencapaian akademik.

2. Menyampaikan maklumat sekolahPengetua/guru besar hendaklah menghebahkan matlamat tersebut kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan  anak-anak di sekolah berkenaan seperti guru, ibu bapa dan komuniti.
 
Aspek II : Mengurus Program Instruksional

3. Penyeliaan dan penilaian pengajaranPengetua/guru besar menyelaras aktiviti PdP melalui penyeliaan PdP guru, berbincang dengan guru, memberi maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan guru.

4. Menyelaras kurikulum
Pengetua/guru besar hendaklah menetapkan dengan jelas siapa yang bertanggungjawap untuk menyelaras kurikulum mengikut tahap pelajar dan memastikan setiap matlamat akademik sekolah diterjemahkan ke dalam objektif kurikulum.

5. Memantau kemajuan pelajar
Pengetua/guru besar memantau kemajuan pelajar berdasarkan pencapaian pelajara melalui penilaian dan perbincangan dengan guru-guru. Keputusan pencapaian pelajar hendaklah disebarkan kepada guru, pelajar dan ibu bapa.

Aspek III : Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

6. Mengawal waktu P&PKepentingan melindungi masa instruksional bermatlamat mengurangkan gangguan  bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid . Biasanya gangguan seperti pengumuman, pelajar diminat ke pejabat , guru dipanggil ke pejabat dan keluar kerana aktiviti-aktiviti lain.

7. Membudayakan perkembangan professional.
Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pengetua/guru besar untuk mempertingkatkan pengetuaan, kemahiran dan ketrampilan guru seperti mengadakan kursus yang bersesuaian, mengalakkan guru mengikuti bengkel, memperuntukkan masa untuk guru berkongsi idea tentang kaedah PdP.

8. Mengekalkan ketampakan
Untuk membina satu budaya organisasi yang boleh bertahan dan berjaya menggalakkan pembelajaran pelajar, pemimpin sekolah mesti mengambil pelbagai peranan. Pengetua/guru besar mesti boleh dinampak di persekitaran sekolah dan juga di bilik darjah. Ini juga akan meninggikan peluang untuk pengetua/guru besar berinteraksi dengan para guru dan juga dengan pelajar.

9. Menyediakan ganjaran kepada guruPentadbir sekolah perlulah mengiktirafkan guru-guru yang melakukan sesuatu yang menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik, sukan, keseniaan, pengajaran dan sebagainya. Memberikan pujian dan pengiktirafan itu mungkin dapat dilakukan ketika perhimpunan mingguan atau dilekatkan nama-nama mereka yang berkenaan di papan bulletin sekolah atau kedua- keduanya sekali

10. Penguatkuasaan standard akademik
Standard Akademik merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru. Ia sebagai satu panduan pengurusan  pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk guru. Proses PdP perlu dirancang dengan rapi untuk mencapai impak yang maksimum.

11. Menyediakan insentif kepada pelajarPentadbir sekolah perlulah mengiktirafkan pelajar-pelajar yang melakukan sesuatu yang menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik, sukan, keseniaan, pengajaran dan sebagainya. Memberikan pujian, pengiktirafan dan insentif itu mungkin dapat dilakukan ketika perhimpunan mingguan atau dilekatkan nama-nama mereka yang berkenaan di papan bulletin sekolah atau kedua- keduanya sekali


Tiada ulasan:

Catat Ulasan