Ahad, 20 April 2014

PIBG SK SETIAWANGSA DIANUGERAHKAN PIBG TERBAIK KESELURUHAN 2012/2013


Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur dianugerahkan PIBG Cemerlang Terbaik Keseluruhan daripada Kementerian Pendidikan.

PIBG itu dianugerahkan gelaran tersebut apabila program jelajah PIBG sekolah berkenaan ke sekolah-sekolah lain selama 5 tahun didapati mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi PIBG di beberapa sekolah.
Antara program yang dijalankan adalah dengan memberikan penerangan kepada PIBG sekolah lain mengenai 2 program sarana yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah.

“Apa yang pihak PIBG sekolah buat adalah dengan membantu PIBG sekolah lain sekiranya ada permintaan. Bila sekolah lain nampak khidmat yang kami berikan, maka masalah PIBG aktif atau tidak dapat diselesaikan”, kata Amiruddin Sahudi selaku Pengerusi PIBG SK Setiawangsa.

2 ulasan:

  1. Tahniah buat Tn Hj Ruslan, Tn YDP, AJK Pibg SK Setiawangsa serta seluruh warga SKS.. SYABAS

    BalasPadam
  2. Itu X factor PIBG SKS

    BalasPadam