Sekolah Kebangsaan
(SK) Bukit Damansara yang juga sekolah berprestasi tinggi menjulang nama negara
apabila berjaya mendapat tempat pertama dari 43 negara dalam pertandingan
tarian peringkat antarabangsa, Super Dance From Folk To Modern di Saint
Petersburg, Rusia.
SK Bukit Damansara yang diwakili Kumpulan Dewata Tari berjaya mengungguli kategori koreografi rakyat, selain berjaya menarik perhatian juri dengan memenangi hadiah bagi kategori pakaian terbaik.
Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan latihan bersungguh-sungguh yang dijalankan hampir tiga bulan oleh muridnya.
"Saya berasa begitu gembira dengan kejayaan pasukan tarian sekolah ini untuk menewaskan peserta daripada pelbagai negara yang bertanding.
"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan Kementerian Pendidikan yang memberi sokongan untuk memasuki pertandingan ini,"
Manakala guru pengiring pertandingan yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tan Tee Choi berkata, pertandingan itu disertai beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuk Russia, Indonesia dan Romania.
“Ini kemenangan pertama kami dalam pertandingan peringkat antarabangsa malah, kejayaan itu juga memberi kekuatan kepada kami untuk terus menyertai pertandingan lain pada masa depan,”
TAHNIAH WARGA SK BUKIT DAMANSARA
“Ini kemenangan pertama kami dalam pertandingan peringkat antarabangsa malah, kejayaan itu juga memberi kekuatan kepada kami untuk terus menyertai pertandingan lain pada masa depan,”
TAHNIAH WARGA SK BUKIT DAMANSARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan