Guru Besar SK Seri Bintang Selatan
APAKAH yang dimaksudkan dengan berfikiran positif?
Seperti banyak hal yang
lain, ia mudah digarap dan dihayati menerusi kaedah menghafal akronim.
F
|
focus
(tumpuan). Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang anda mahu menjadikannya
sebagai kenyataan. Usah fikirkan tentang yang 'tidak boleh'
|
E
|
expectation
(harapan). Harapkan hanya yang baik dari diri anda.
|
W
|
words
(kekata atau bahasa). Kekata memainkan peranan penting. Usah berkata bahawa diri anda bodoh atau anak
anda bodoh, sebaliknya katalah bahawa dia semakin pandai.
|
P
|
praise
(puji). Pujian baik untuk orang lain dan untuk diri anda juga. Pujilah diri
anda di dalam bilik mandi apabila tiada orang melihat.
|
I
|
interest
(minat). Kaitkan minat anda dengan perkara-perkara lain. Umpamanya, untuk
menambah minat anda bagi mendapatkan ijazah universiti, anda hendaklah
kaitkan kepentingannya dengan hakikat bahawa tiada adik-beradik dalam
keluarga anda yang mempunyai ijazah, jadi anda mesti memilikinya.
|
G
|
good
friends (kawan baik). Pilih kawan yang baik yang juga bersikap positif,
memberi anda semangat dan sokongan, bukan kawan yang bersikap negatif.
|
S
|
stamina.
Anda perlu ada kekuatan fizikal dan mental.
|
Sebenarnya, terdapat
enam perkara yang penting bagi manusia untuk mencapai kejayaan.
Ini ialah kesihatan
jasmani, kesihatan mental, kewangan, keluarga, pergaulan sosial dan kerohanian
atau untuk orang Islam, pegangan dan amalan agamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan