Isnin, 31 Ogos 2015

EDWARD de BONO THINKING SKILLS - CoRT


Alat pemikiran “CoRT” merupakan satu alat berfikir dan juga  singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT dapat membantu Guru Besar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran Guru Besar lebih tersusun, luas, jelas dan tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini.
Terdapat tujuh jenis alat pemikiran CoRT. Antaranya termasuklah :

1.    PMI : Plus, Minus, Interesting (kebaikan, keburukan dan menarik)
Tujuan Berfikir: Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah dan Langkah:   
P : senaraikan semua yang baik
M: senaraikan yang buruk
I  : senaraikan yang menarik
Contoh untuk dibincangkan: Sesuaikah matapelajaran sains diajar di luar bilik darjah.

2.    CAF : Consider All  Factors (Mengambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir: Meninjau semua aspek / situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan dari terlupa faktor-faktor yang penting.
Kaedah dan Langkah:     Senaraikan semua situasi / faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap situasi / faktor. Apakah keputusan sewajarnya dibuat selepas setiap situasi / faktor dipertimbangkan.
Contoh untuk dibincangkan: Apakah wajar kegiatan kokurikulum dibuat pada hari Khamis?

SAMBUTAN DIAMBANG MERDEKA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH WPKL

Khamis, 27 Ogos 2015

TAHNIAH SKTTDI JUARA ACTION SONG KEBANGSAAN






SELAMAT BERSARA PUAN ROHAYA BINTI SHAWKATALY

Selamat BersaraPn Rohaya binti Shawkataly, Guru Besar SK Cochrane, KL. Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun.

SELAMAT BERSARA PN HAJJAH KHALSOM BINTI HAJI AHMAD




SELAMAT BERSARA Pn Hajjah Khalsom bt Haji Ahmad, Guru Besar SK Taman Seri Rampai, KL. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik sejak 1 Mei 1980 sehingga 30 Ogos 2015.

Jumaat, 21 Ogos 2015

TAHNIAH PN NORHAYATI ABDUL KADIR DAN SELAMAT MENJADI WARGA MGBWPKL

Pn Norhayati Abd Kadir telah dilantik sebagai Guru Besar SK Convent Sentul 1. Beliau telah menggantikan Pn Auzariah bt Abdullah yang telah bersara baru-baru ini. Sebelum dilantik menjadi Guru Besar beliau bertugas di SK Wangsa Jaya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pn Norhayati Abd Kadir menerima watikah perlantikan dari Tuan Tajuddin bin Mohd Mor,Timbalan Pengarah PPW Keramat.

TAHNIAH TUAN HAJI SAZALI. SELAMAT MENJADI WARGA MGBWPKL

Tahniah dan selamat datang ke dalam warga MGBWPKL kepada Tuan haji Sazali bin Mohamad Saleh@Yahaya.

Tuan Haji Sazali bin Mohamad Saleh@Yahaya telah dilantik sebagai Guru Besar SK Jalan Gurney 2 mulai 16 Ogos 2015. sebelum ini beliau berkhidmat di Unit Sekolah Menengah JPWPKL. Watikah perlantikan telah diserahkan kepada beliau En Mohd Najib bin Ab Rahman,Timbalan Pegawai Pendidikan PPW Keramat.


Rabu, 19 Ogos 2015

USUL KHAS PERSIDANGAN PERWAKILAN KEBANGSAAN GMGBM KE 33

Satu Usul Khas telah di kemukakan semasa Persidangan Perwakilan Kebangsaan GMGBM ke 33 pada hari Rabu 12 Ogos 2015 dan telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan yang hadir.
Setelah pindaan Perlembagaan GMGBM ini diluluskan oleh KPM satu EGM pindaan perlembagaan MGBWPKL akan diadakan untuk diselaraskan dengan Perlembagaan GMGBM.



SEKOLAH TIDAK PERLU BUAT MAJLIS SAMBUTAN BESAR-BESARAN - MENTERI PENDIDIKAN

LANGKAWI, 11 Ogos (Bernama) -- Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata memadai mengadakan majlis sambutan secara sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

"Sesuai dengan peredaran (masa)...kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, Selasa.

Katanya arahan berkenaan perkara itu sudahpun dikeluarkan dan pekeliling umum yang berkenaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahdzir berkata arahan itu mungkin akan diperluaskan untuk meliputi acara lain yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya arahan ini selari dengan hasratnya untuk melihat sektor pendidikan di negara ini menggambarkan kegembiraan, keterbukaan dan kebajikan.

"Kita di landasan untuk membina sebuah negara bangsa. Kita sudah ada pelan, kita sudah ada dasar cuma kaedah itu sahaja yang kita ubah suai," katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian telah menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji tahap tekanan yang dihadapi guru yang dibebani tugas di luar tugas hakiki.

Menurutnya, pasukan itu yang dianggotai pegawai tinggi kementerian akan turut mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk majlis guru dan kesatuan sekerja.

-- BERNAMA 

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE-21 GMGBM


Selasa, 20 Mei 2014

PETUA BAGI AMALKAN BERFIKIRAN POSITIF

Artikel ini di sumbangkan oleh En Azahari bin Omar
Guru Besar SK Seri Bintang Selatan


APAKAH yang dimaksudkan dengan berfikiran positif?

Seperti banyak hal yang lain, ia mudah digarap dan dihayati menerusi kaedah menghafal akronim.

 Berhubung dengan berfikiran positif, akronim yang harus dihafal ialah F.E.W.P.I.G.S.

 Huraiannya adalah seperti berikut:
 
F
focus (tumpuan). Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang anda mahu menjadikannya sebagai kenyataan. Usah fikirkan tentang yang 'tidak boleh'
E
expectation (harapan). Harapkan hanya yang baik dari diri  anda.
W
words (kekata atau bahasa). Kekata memainkan peranan             penting. Usah berkata bahawa diri anda bodoh atau anak anda bodoh, sebaliknya katalah bahawa dia semakin pandai.
P
praise (puji). Pujian baik untuk orang lain dan untuk diri anda juga. Pujilah diri anda di dalam bilik mandi apabila tiada orang melihat.
I
interest (minat). Kaitkan minat anda dengan perkara-perkara lain. Umpamanya, untuk menambah minat anda bagi mendapatkan ijazah universiti, anda hendaklah kaitkan kepentingannya dengan hakikat bahawa tiada adik-beradik dalam keluarga anda yang mempunyai ijazah, jadi anda mesti memilikinya.
G
good friends (kawan baik). Pilih kawan yang baik yang juga bersikap positif, memberi anda semangat dan sokongan, bukan kawan yang bersikap negatif.
S
stamina. Anda perlu ada kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, terdapat enam perkara yang penting bagi manusia untuk mencapai kejayaan.

Ini ialah kesihatan jasmani, kesihatan mental, kewangan, keluarga, pergaulan sosial dan kerohanian atau untuk orang Islam, pegangan dan amalan agamanya.

Selasa, 6 Mei 2014

Tema Hari Guru 2014

Guru:  Pencetus  Kreativiti,  Penjana  Inovasi

1.   DEFINISI:

1.1    GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

 1.2    PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

1.3    KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

1.4    PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

 1.5    INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasL kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Ahad, 4 Mei 2014

HARI GURU 2014


SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012

Ingatan kepada Guru Besar berkaitan dengan 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012:
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPENUHNYA SEMASA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN PADA HARl SABTU

Rujuk kepada perenggan 5, 6, 7 dan 11
PELAKSANAAN
5.             Pihak sekolah hendaklah melindungi waktu pembelajaran murid dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu sebagai "hari ganti" persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.
6               Dengan berkuatkuasanya. Surat Pekeliling ikhtisas ini, maka pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan aktiviti-aktiviti lain pada hari Sabtu yang diluluskan sebagai "hari ganti" persekolahan. Pihak sekolah juga tidak dibenar memendekkan waklu persekolahan pada "hari ganti" tersebut.
7.        Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KP{BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) bertarikh 10 Julai 2007, Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sepenuhnya Sernasa Persekolahan Hari Sabtu.

dan perenggan 11
11.       Tindakan tegas hendaklah diambil termasuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas ini.

SK BUKIT DAMANSARA JULANG NAMA NEGARA DI RUSIA

Sekumpulan 16 penari cilik yang terdiri dari murid tahun lima dan enam Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara (SKBD), Damansara menempah kejayaan manis apabila mengungguli tiga kategori dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa yang berlangsung di St Petersburg, Russia dari 25 hingga 29 April lalu.


Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara yang juga sekolah berprestasi tinggi menjulang nama negara apabila berjaya mendapat tempat pertama dari 43 negara dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa, Super Dance From Folk To Mod­ern di Saint Petersburg, Rusia.



SK Bukit Damansara yang diwakili Kumpulan Dewata Tari berjaya mengungguli kategori koreografi rakyat, selain berjaya menarik perhatian juri dengan memenangi hadiah bagi kategori pakaian terbaik.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan latihan bersungguh-sungguh yang dijalankan hampir tiga bulan oleh muridnya.

"Saya berasa begitu gembira dengan kejayaan pasukan tarian sekolah ini untuk menewaskan peserta daripada pelbagai negara yang bertanding.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan Kementerian Pendidikan yang memberi sokongan untuk memasuki pertandingan ini,"


Manakala guru pengiring pertandingan yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tan Tee Choi berkata, pertandingan itu disertai beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuk Russia, Indonesia dan Romania.
“Ini kemenangan pertama kami dalam pertandingan peringkat antarabangsa malah, kejayaan itu juga memberi kekuatan kepada kami untuk terus menyertai pertandingan lain pada masa depan,”

TAHNIAH WARGA SK BUKIT DAMANSARA