Selasa, 20 Mei 2014

PETUA BAGI AMALKAN BERFIKIRAN POSITIF

Artikel ini di sumbangkan oleh En Azahari bin Omar
Guru Besar SK Seri Bintang Selatan


APAKAH yang dimaksudkan dengan berfikiran positif?

Seperti banyak hal yang lain, ia mudah digarap dan dihayati menerusi kaedah menghafal akronim.

 Berhubung dengan berfikiran positif, akronim yang harus dihafal ialah F.E.W.P.I.G.S.

 Huraiannya adalah seperti berikut:
 
F
focus (tumpuan). Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang anda mahu menjadikannya sebagai kenyataan. Usah fikirkan tentang yang 'tidak boleh'
E
expectation (harapan). Harapkan hanya yang baik dari diri  anda.
W
words (kekata atau bahasa). Kekata memainkan peranan             penting. Usah berkata bahawa diri anda bodoh atau anak anda bodoh, sebaliknya katalah bahawa dia semakin pandai.
P
praise (puji). Pujian baik untuk orang lain dan untuk diri anda juga. Pujilah diri anda di dalam bilik mandi apabila tiada orang melihat.
I
interest (minat). Kaitkan minat anda dengan perkara-perkara lain. Umpamanya, untuk menambah minat anda bagi mendapatkan ijazah universiti, anda hendaklah kaitkan kepentingannya dengan hakikat bahawa tiada adik-beradik dalam keluarga anda yang mempunyai ijazah, jadi anda mesti memilikinya.
G
good friends (kawan baik). Pilih kawan yang baik yang juga bersikap positif, memberi anda semangat dan sokongan, bukan kawan yang bersikap negatif.
S
stamina. Anda perlu ada kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, terdapat enam perkara yang penting bagi manusia untuk mencapai kejayaan.

Ini ialah kesihatan jasmani, kesihatan mental, kewangan, keluarga, pergaulan sosial dan kerohanian atau untuk orang Islam, pegangan dan amalan agamanya.

Selasa, 6 Mei 2014

Tema Hari Guru 2014

Guru:  Pencetus  Kreativiti,  Penjana  Inovasi

1.   DEFINISI:

1.1    GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

 1.2    PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

1.3    KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

1.4    PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

 1.5    INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasL kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Ahad, 4 Mei 2014

HARI GURU 2014


SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012

Ingatan kepada Guru Besar berkaitan dengan 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2012:
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPENUHNYA SEMASA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN PADA HARl SABTU

Rujuk kepada perenggan 5, 6, 7 dan 11
PELAKSANAAN
5.             Pihak sekolah hendaklah melindungi waktu pembelajaran murid dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu sebagai "hari ganti" persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.
6               Dengan berkuatkuasanya. Surat Pekeliling ikhtisas ini, maka pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan aktiviti-aktiviti lain pada hari Sabtu yang diluluskan sebagai "hari ganti" persekolahan. Pihak sekolah juga tidak dibenar memendekkan waklu persekolahan pada "hari ganti" tersebut.
7.        Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KP{BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) bertarikh 10 Julai 2007, Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sepenuhnya Sernasa Persekolahan Hari Sabtu.

dan perenggan 11
11.       Tindakan tegas hendaklah diambil termasuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas ini.

SK BUKIT DAMANSARA JULANG NAMA NEGARA DI RUSIA

Sekumpulan 16 penari cilik yang terdiri dari murid tahun lima dan enam Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara (SKBD), Damansara menempah kejayaan manis apabila mengungguli tiga kategori dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa yang berlangsung di St Petersburg, Russia dari 25 hingga 29 April lalu.


Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara yang juga sekolah berprestasi tinggi menjulang nama negara apabila berjaya mendapat tempat pertama dari 43 negara dalam pertandingan tarian peringkat antarabangsa, Super Dance From Folk To Mod­ern di Saint Petersburg, Rusia.



SK Bukit Damansara yang diwakili Kumpulan Dewata Tari berjaya mengungguli kategori koreografi rakyat, selain berjaya menarik perhatian juri dengan memenangi hadiah bagi kategori pakaian terbaik.

Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan latihan bersungguh-sungguh yang dijalankan hampir tiga bulan oleh muridnya.

"Saya berasa begitu gembira dengan kejayaan pasukan tarian sekolah ini untuk menewaskan peserta daripada pelbagai negara yang bertanding.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan Kementerian Pendidikan yang memberi sokongan untuk memasuki pertandingan ini,"


Manakala guru pengiring pertandingan yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tan Tee Choi berkata, pertandingan itu disertai beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuk Russia, Indonesia dan Romania.
“Ini kemenangan pertama kami dalam pertandingan peringkat antarabangsa malah, kejayaan itu juga memberi kekuatan kepada kami untuk terus menyertai pertandingan lain pada masa depan,”

TAHNIAH WARGA SK BUKIT DAMANSARA