Selasa, 22 September 2015

PERANCANGAN INTERVENSI LIMA LANGKAH ( PILL )

PILL mengariskan Lima Langkah yang perlu diikuti untuk menetapkan intervensi yang sesuai bagi sesuatu masalah. Melalui PILL, sekolah boleh mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di sekolah dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang serius. Dengan kaedah ini warga sekolah akan dapat gambaran dan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. 

KLIK DI SINI UNTUK BACA SELANJUTNYA


Ahad, 13 September 2015

Sabtu, 12 September 2015

PEMAKANAN SIHAT SEMASA JEREBU - dari PORTAL KKM

Pemakanan yang sihat adalah penting semasa musim berjerebu untuk mempertahankan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai penyakit yang ada kaitan dengan jerebu.

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah. Air penting untukmeningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak. Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan . Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

Selasa, 1 September 2015