Alat pemikiran “CoRT” merupakan satu alat berfikir
dan juga singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT dapat
membantu Guru Besar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran
Guru Besar lebih tersusun, luas, jelas dan tidak berburu-buru melakukan
sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan
bantuan alat-alat berfikir ini.
Terdapat tujuh jenis alat pemikiran CoRT. Antaranya
termasuklah :
1. PMI : Plus, Minus, Interesting (kebaikan,
keburukan dan menarik)
|
Tujuan Berfikir: Meluaskan
fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
|
Kaedah dan Langkah:
P : senaraikan semua yang baik M: senaraikan yang buruk I : senaraikan yang menarik |
Contoh untuk dibincangkan:
Sesuaikah matapelajaran sains diajar di luar bilik darjah.
|
2. CAF : Consider All Factors (Mengambil kira semua faktor)
|
Tujuan Berfikir: Meninjau
semua aspek / situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan dari terlupa
faktor-faktor yang penting.
|
Kaedah dan Langkah: Senaraikan semua situasi / faktor yang
berkaitan. Pertimbangkan setiap situasi / faktor. Apakah keputusan sewajarnya
dibuat selepas setiap situasi / faktor dipertimbangkan.
|
Contoh untuk dibincangkan:
Apakah wajar kegiatan kokurikulum dibuat pada hari Khamis?
|